fb fb fb fb fb

India lapor kematian pertama kes cacar monyet di Asia

(FOTO FAIL AFP)

NEW DELHI, 2 Ogos - India pada Isnin mengesahkan kes kematian pertama kemungkinan akibat cacar monyet di rantau Asia.

Ia melibatkan seorang lelaki yang baharu pulang dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menteri Hasil Kerala, K Rajan berkata lelaki India berusia 22 tahun itu meninggal dunia Sabtu lalu dan kerajaan sudah mengasingkan 21 individu yang berhubung dengannya.

"Individu itu tiba di Kerala pada 21 Julai tetapi pergi ke hospital hanya pada 26 Julai apabila dia menunjukkan gejala keletihan dan demam," katanya.

(FOTO FAIL AFP)

Sementara itu, Menteri kesihatan Kerala, Veena George memaklumkan keluarga lelaki itu memberitahu pihak berkuasa pada hari sebelumnya bahawa dia diuji positif di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum kembali ke India.

Kementerian kesihatan persekutuan India tidak mengulas mengenai kematian itu, kecuali menyatakan kerajaan membentuk pasukan petugas pegawai kanan bagi memantau kes cacar monyet di negara itu, yang mana media tempatan sudah melaporkan sekurang-kurangnya lima jangkitan.

Minggu lalu, Sepanyol melaporkan dua kematian berkaitan wabak itu, manakala Brazil melaporkan kes pertama.-AFP

Media Baharu