SEOUL, 30 Januari - Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menyekat rang undang-undang untuk melancarkan siasatan baharu ke atas insiden halloween yang mengorbankan 159 orang di daerah Itaewon Seoul pada 2022.
Insiden itu mendapat kecaman pembangkang dan saudara mara mangsa.
Pejabat Yoon mengumumkan kuasanya untuk menjalankan siasatan dengan panel bebas beberapa jam selepas perdana menteri mengeluarkan kenyataan rang undang-undang yang disokong pembangkang sebagai berpolitik dan berpotensi melanggar perlembagaan.
"Kesakitan akibat bencana itu tidak boleh digunakan sebagai alat untuk mewajarkan perbalahan politik dan kemungkinan melanggar perlembagaan," kata Perdana Menteri Han Duck-soo pada mesyuarat kabinet.
Tindakan menyekat rang undang-undang itu telah dikritik saudara-mara mangsa dan pegawai parti pembangkang yang telah lama menyifatkan bahawa pengendalian kerajaan terhadap bencana itu adalah tidak mencukupi.
Park Young-soo, seorang ibu yang kehilangan anak lelakinya dalam kumpulan orang ramai, mendakwa kerajaan sebagai 'kecil' dengan menghalang siasatan dan sebaliknya menawarkan pampasan kewangan.
“Bukan itu yang kami perjuangkan selama lebih setahun,” kata Park kepada Reuters.
Song Hae-jin, seorang lagi ibu kepada seorang mangsa, berkata keluarga yang cuba mendapatkan keadilan untuk anak-anak mereka akan menghadapi 'masa yang sukar' menerima kedudukan kerajaan.
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata tahun lalu bahawa Korea Selatan harus menubuhkan sebuah badan bebas dan tidak berat sebelah untuk menyiasat bencana itu dan memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan, termasuk pegawai atasan.
Song Doo-hwan, pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan, badan pemerhati hak asasi manusia Korea Selatan, juga telah menyokong siasatan bebas.
Siasatan polis awal tahun lalu menyimpulkan bahawa kekurangan persediaan dan tindak balas yang tidak mencukupi adalah punca utama insiden maut itu.
Bagaimanapun, tiada pegwai kanan kerajaan, termasuk menteri dalam negeri dan keselamatan, telah meletak jawatan atau dipecat kerana pergolakan itu. - REUTERS