fb fb fb fb fb

Semakin terdesak, Israel menyamar jadi doktor serbu hospital untuk membunuh

Tentera Israel menyamar sebagai doktor dan jururawat serta orang awam untuk melakukan serangan ke atas rakyat Palestin dalam hospital/Reuters

JENIN CITY, 31 Januari- Tindakan rejim Israel semakin tidak masuk akal dan terdesak sehingga menyamar sebagai petugas perubatan semata-mata mahu membunuh rakyat Palestin yang sedang dirawat di sebuah hospital di sini, utara Tebing Barat.

Kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut merakam tentera penjajah lengkap bersenjata itu berpakaian seragam doktor dan jururawat serta berhijab juga berkopiah ketika menyerbu hospital berkenaan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, tiga rakyat Palestin dibunuh secara tragis termasuk dua beradik.

Mangsa dikenali sebagai Mohammad, Basil Al-Ghazzawi, dan Mohammad Jalamna dengan salah seorang daripadanya dilapor dibunuh ketika menerima rawatan.

Sehubungan itu, sekali lagi, Menteri Kesihatan Palestin, Mai Alkaila menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi antarabangsa untuk menamatkan jenayah harian Israel di Gaza dan Tebing Barat, serta melindungi institusi kesihatan Palestin daripada serangan. -Reuters

3101 BD ISRAEL MENYAMAR DOKTOR 3

Tiga rakyat Palestin dibunuh oleh tentera penjajah termasuk seorang
yang sedang menerima rawatan/Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA