fb fb fb fb fb

Bekas Menteri Luar Pakistan Qureshi dijatuhi hukuman penjara 10 tahun

FOTO REUTERS

PAKISTAN, 30 Januari - Mahkamah Pakistan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada bekas Menteri Luar Shah Mahmood Qureshi hari ini kerana membocorkan rahsia negara, kata pasukan media bekas Perdana Menteri Imran Khan.

Kes itu berkaitan dakwaan bahawa Khan telah berkongsi kandungan kabel rahsia yang dihantar oleh duta negara itu di Washington kepada kerajaan di Islamabad.

Pihak Khan, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), berkata kedua-dua Khan dan Qureshi masing-masing dijatuhi hukuman 10 tahun daripada mahkamah khas.

Ia berkata parti itu akan mencabar keputusan itu dan menggelarnya sebagai 'kes palsu'. - REUTERS

TETITIA YUSOFF