fb fb fb fb fb

Xi Jinping berhasrat bangunkan pusat pelancaran kapal angkasa lepas berkelas dunia

HAINAN, 16 April- Pembangunan pusat pelancaran kapal angkasa lepas berkelas dunia menjadi hasrat Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan lawatan ke pusat berkenaan di wilayah Hainan.

Menurut beliau, selaku tapak pelancaran roket pembawa tujahan tinggi generasi baharu, Wenchang berperanan penting dalam penjelajahan angkasa jauh dan diiktiraf sebagai komponen utama sistem aeroangkasa negara.

Keberanian dan inisiatif adalah perlu untuk melakukan inovasi dan kreativiti bagi melonjakkan prestasi industri aeroangkasa negara menerusi pemodenan.

Beliau turut mahukan para pekerja di tapak berkenaan membawa misi yang lebih besar dengan menyasarkan teknologi bertaraf dunia.

(FOTO AFP)

China dijangka menyiapkan pembinaan stesen angkasa lepas pada tahun ini selepas kapal kargo Tianzhou-4 dan Tianzhou-5 serta modul eksperimen Wentian dan Mengtian dilancarkan dari Wenchang.

Jin Ping mahu pusat berkenaan supaya melakukan persiapan rapi bagi memastikan misi pelancaran tersebut berjaya.

Pusat pelancaran Wenchang berjaya melengkapkan pelbagai misi ke angkasa lepas termasuk modul teras stesen angkasa Tianhe, prob eksplorasi bulan Chang'e-5, dan prob penyelidikan Marikh Tianwen-1. -AFP

Media Baharu