fb fb fb fb fb

Presiden Chile gesa Netanyahu dibicarakan berhubung perang Gaza

Gabriel Boric / Foto AFP

NEW YORK, 24 September - Presiden Chile, Gabriel Boric menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dibicarakan di mahkamah antarabangsa berhubung perang di Gaza.

Menurut Presiden Chile, Netanyahu perlu bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

“Saya tidak mahu melihat Netanyahu musnah akibat misil bersama keluarganya.

"Saya mahu melihat Netanyahu dan mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin, dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Boric menambah, ribuan rakyat Palestin terkorban akibat serangan berterusan Israel tahun ini. -AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM