fb fb fb fb fb

Krisis Ukraine-Rusia lonjak harga bahan api dan makanan

NORTH CAROLINA, 16 April- Serangan Rusia ke atas Ukraine menyebabkan harga bahan api dan makanan dunia melonjak.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mendakwa 70 peratus peningkatan inflasi berpunca daripada perbuatan Vladimir Putin.

Biden berkata demikian dalam satu majlis di North Carolina A&T State University di Greensboro.

(Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden)

Putin pada Khamis telah mengarahkan untuk beralih bekalan sumber tenaga kepada Timur setelah Barat merancang untuk menghenti membelinya.

Bercakap dalam satu mesyuarat di Moscow; Putin menjelaskan kerajaan perlu bersedia dengan penolakan negara-negara Eropah terhadap produk hidrokarbon termasuk bahan api. -AFP

Media Baharu