fb fb fb fb fb

WHO diminta namakan semula virus cacar monyet elak stigma

(FOTO AFP)

NEW YORK, 27 Julai- Pihak berkuasa New York City memohon kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menamakan semula virus cacar monyet bagi mengelak stigma dalam kalangan pesakit yang mungkin menyebabkan mereka mengelak untuk mendapatkan rawatan. 

Bandar di Amerika Syarikat itu merekodkan kes yang semakin meningkat berbanding bandar lain dengan 1,092 kes jangkitan dikesan setakat ini.

WHO telah mengumumkan bahawa wabak tersebut sebagai kecemasan kesihatan global.

"Kami amat bimbang terhadap kesan wabak yang berpotensi mewujudkan pelbagai stigma berhubung maklumat atau mesej berkaitan penyakit cacar monyet itu dalam kalangan komuniti yang belum atau sudah terdedah,” kata Pesuruhjaya Kesihatan Awam New York City, Ashwin Vasan menerusi surat kepada Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus bertarikh hari Selasa.

 


(FOTO AFP)

Berita berkaitan
WHO isytihar cacar monyet darurat kesihatan global
Lebih 400 kes cacar monyet dilaporkan di Itali

AS lapor dua kes cacar monyet, pertama kali dalam kalangan kanak-kanak
Jepun rekod kes pertama cacar monyet

Idea untuk menukar nama virus itu sudah mendapat perhatian WHO semasa sidang media bulan lalu, tulis Vasan dalam surat tersebut.

Vasan merujuk “sejarah yang menyakitkan dan perkauman di mana terminologi seperti cacar monyet berakar umbi untuk komuniti berlain warna kulit'.

Ia merujuk fakta bahawa cacar monyet sebenarnya tidak berasal daripada primat (kumpulan mamalia termasuk monyet) dan mengimbas kembali kesan negatif maklumat salah ketika awal wabak HIV dan isu perkauman yang dihadapi oleh masyarakat Asia, kemudian diburukkan lagi oleh bekas Presiden Donald Trump memanggil COVID-19 sebagai 'virus China'.

“Penggunaan berterusan terma cacar monyet untuk menggambarkan wabak semasa boleh mencetuskan semula perasaan traumatik perkauman dan stigma, terutama untuk orang kulit hitam mahu pun kumpulan komuniti lain. Ada kemungkinan mereka mengelak untuk mendapatkan rawatan,” kata Vasan.

Wabak cacar monyet, setakat ini belum merekodkan kes kematian di Eropah atau di Amerika Syarikat.

Isnin lalu, WHO mengumumkan setakat tahun ini, lebih 16,000 kes telah disahkan dan direkodkan di 75 negara. -AFP

Media Baharu