fb fb fb fb fb

15 lagi maut dalam serangan Israel di utara Gaza

Kem Nuseirat musnah akibat diserang Israel/ AFP

GAZA, 30 November- Sekurang-kurangnya 15 lagi terbunuh dalam serangan Israel di Beit Lahia, di utara Gaza, lapor Agensi Pertahanan Awam Gaza pada Jumaat.

Kawasan itu menjadi sasaran serangan besar Israel selama hampir dua bulan.

Rumah keluarga Baba dan Ahmed diserang dalam tempoh 24 jam lalu, kata jurucakap agensi Mahmud Bassal kepada AFP. "Hanya 10 mayat dapat dibawa keluar," katanya.

Sementara itu berpuluh-puluh lagi dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan di dua rumah berkenaan.

"Dron Israel menyasarkan ke arah seorang individu yang dalam perjalanan pulang dari Hospital Kamal Adwan. Ia telah mengakibatkan kematian lima individu lagi."

Bahagian utara Gaza menjadi sasaran serangan Israel sejak 6 Oktober lalu untuk menghalang Hamas.

Hospital Kamal Adwan, di pinggir Beit Lahia dan Jabalia memaklumkan ketua unit rawatan rapinya, Ahmed al-Kahlout, terbunuh dalam serangan Israel.

Serangan ke atas Gaza telah meragut 44,363 nyawa.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI