fb fb fb fb fb

PBB beri amaran kepada 800,000 rakyat Sudan dalam bahaya

FOTO REUTERS

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 20 April - Kira-kira 800,000 orang di sebuah bandar di Sudan berada dalam situasi bahaya akibat keganasan yang semakin kritikal, ekoran isu perkauman di Darfur.

Pegawai tertinggi PBB memberi amaran itu kepada Majlis Keselamatan pada Jumaat.

Konflik di Sudan sejak setahun lalu antara tentera Sudan (SAF) dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) paramilitari mewujudkan krisis perpindahan terbesar dunia.

Ketua hal ehwal politik PBB Rosemary DiCarlo memberitahu Majlis Keselamatan 15 anggota, bahawa pertempuran antara RSF dan anggota Pasukan Perlindungan Bersama yang bersekutu SAF telah menghampiri El Fasher, ibu kota Darfur Utara.

"Pertempuran di El Fasher boleh mencetuskan pertelingkahan berdarah antara kaum di seluruh Darfur,” kata DiCarlo, mengulangi amaran oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Isnin.

PBB memberitahu hampir 25 juta orang separuh daripada penduduk Sudan, memerlukan bantuan dan kira-kira 8 juta orang kehilangan tempat tinggal.

"Keganasan itu menimbulkan bahaya melampau kepada 800,000 orang awam yang tinggal di El Fasher,” kata pengarah operasi bantuan PBB, Edem Wosornu.

"Dan ia berisiko mencetuskan keganasan lanjut di bahagian lain di Darfur dengan lebih 9 juta orang sangat memerlukan bantuan kemanusiaan," katanya.

Pihak berkuasa global yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai keselamatan makanan berkata lewat bulan lalu tindakan segera diperlukan bagi mencegah lebih ramai kehilangan nyawa. - REUTERS

TETITIA YUSOFF