NEW YORK, 20 April - Seorang lelaki maut selepas nekad membakar dirinya di luar Mahkamah New York ketika perbicaraan kes bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang berjalan.
Menurut Jabatan Polis New York, lMax Azzarello berasal dari St. Augustine, Florida dilihat tidak menyasarkan Trump atau orang lain yang terlibat di dalam perbicaraan itu.
Dia membakar dirinya dihadapan kamera televisyen yang dipasang di luar mahkamah.
Jurucakap NYPD berkata lelaki itu dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital. Pegawai sebelum ini berkata dia berada dalam keadaan kritikal.
Saksi berkata lelaki berusia 30-an itu mengeluarkan risalah dari beg galas dan melemparkannya ke udara sebelum dia menyiram dirinya dengan cecair dan membakar dirinya.
Salah satu risalah itu termasuk rujukan kepada 'jutawan jahat' menurut saksi Reuters tidak menyebut Trump.
"Sekarang ini kami melabelnya sebagai ahli teori konspirasi," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Tarik Sheppard dalam sidang akhbar.
Menurut saksi bau asap masih ada di tempat kejadian dan seorang pegawai polis menyembur alat pemadam api. - REUTERS