fb fb fb fb fb

Dua helikopter tentera Jepun terbabit kemalangan, tujuh kru hilang

FOTO HIASAN

TOKYO, 21 April- Tujuh kru dilaporkan dalam insiden membabitkan dua buah helikopter tentera Jepun malam tadi.

Helikopter itu dilihat terhempas semasa latihan malam di luar Kepulauan Izu di Lautan Pasifik, lapor penyiar NHK.

Satu mangsa telah diselamatkan, kata laporan itu.

Komunikasi terakhir dengan salah satu helikopter pada 10:38 malam dan kira-kira 25 minit kemudian pihak berkuasa menyedari komunikasi juga telah terputus dengan pesawat kedua.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE