fb fb fb fb fb

Gempa bumi 7.1 gegar utara Filipina - USGS

(Penduduk meninggalkan bangunan selepas gempa 7.1 magnitud turut dirasai di Manila/AFP)

MANILA, 27 Julai- Satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda utara Filipina awal hari ini, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Di pusat gempa kira-kira 300 kilometer dari Manilla, gegaran menyebabkan tingkap bangunan pecah serta menggegarkan menara bertingkat di ibu negara itu, di sini. 

“Gempa bumi cetek namun kuat itu melanda wilayah pergunungan Abra di pulau utama Luzon pada 8.43 pagi (0043 GMT),” kata USGS, sebelum itu melaporkan pada kekuatan 6.8 magnitud.

Menurut Mejar Polis, Edwin Sergio kepada AFP, di Dolores kawasan yang dilanda kekuatan penuh gempa itu, orang ramai berlari ketakutan meninggalkan bangunan dan tingkap bangunan pasar tempatan dilaporkan pecah.

“Gempa amat kuat,” kata Sergio sambil menambah terdapat retakan kecil di bangunan balai polis.

Setakat ini, tiada kematian atau kerosakan serius dilaporkan.

Filipina sememangnya kerap dilanda gempa bumi disebabkan lokasinya terletak berhampiran lingkaran api Pasifik di mana aktiviti seismik aktif merangkumi kawasan dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik. -AFP


(Pekerja binaan meninggalkan bangunan selepas gempa 7.1 magnitud pada
kedalaman 300 kilometer, turut dirasai di Manila pagi ini/AFP)

Media Baharu