fb fb fb fb fb

Ribut tropika dijangka melanda tengah Vietnam, lewat hari ini

Foto hiasan

HANOI, 19 September- Ribut tropika dijangka melanda di tengah Vietnam lewat hari ini, yang membawa hujan lebat dan boleh menyebabkan banjir.

Agensi cuaca melaporkan ribut itu diramalkan melanda pantai dari Quang Tri ke wilayah Quang Nam pada sebelah petang dengan tiupan angin sehingga 102 kph (63 mph).

"Ribut No.4 akan mencetuskan hujan antara 100 hingga 300 milimeter dari Khamis hingga Jumaat di tengah Vietnam, termasuk di destinasi pelancongan Danang", kata agensi itu.

"Hujan juga dijangka di Central Highlands, sebuah kawasan penanaman kopi terbesar di Vietnam", katanya.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vietnam (CAAV) berkata lapangan terbang Dong Hoi di pantai tengah utara akan ditutup dari puku 3.00 petang hingga 10.00 malam, waktu tempatan hari ini.

Negara Asia Tenggara itu mengalami impak Taufan Yagi, ribut paling kuat di Asia tahun ini, yang membadai utara Vietnam hampir dua minggu lalu.

Taufan itu membunuh lebih 290 orang dan menyebabkan kerosakan harta benda kira-kira $1.6 bilion.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN