(FOTO REUTERS)
SEOUL, 27 Julai– Inflasi Korea Selatan dijangka mencecah paras tertinggi inflasi dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun sementara keyakinan negara itu terhadap prospek ekonomi mencecah paras terendah hampir dua tahun, menurut laoran bulanan bank pusat.
Dalam kaji selidik Bank of Korea (BOK), negara itu dijangka mengalami inflasipengguna pada purata median 4.7 peratus dalam 12 bulan akan datang, meningkat pantas daripada 3.9% dalam tinjauan sebelumnya dan mencecah paras tertinggi sejak keluaran data bermula pada Februari 2002.
Tinjauan yang sama menunjukkan indeks yang mengukur cara rakyat Korea Selatan menilai keadaan ekonomi dan taraf hidup masa depan jatuh kepada 86.0 pada Julai daripada 96.4 pada Jun, mencecah paras terendah sejak September 2020 dan mencatatkan kejatuhan terbesar sejak Mac 2020.
Pakar ekonomi berkata tinjauan itu menggariskan dilema yang semakin mendalam bagi penggubal dasar dalam memerangi inflasi yang masih tinggi sambil menjaga ekonomi yang semakin lemah.
"Penemuan ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi akan mula kehilangan momentum mulai akhir tahun ini dan tumpuan penggubal dasar boleh bergerak secara beransur-ansur ke arah menyokong ekonomi dari tahun depan, jika tidak serta-merta," kata Park Yoon-min, penganalisis pendapatan tetap di Kyobo Securities .
BOK menaikkan kadar dasar sebanyak 50 mata asas yang belum pernah terjadi sebelumnya pada bulan ini.
(Cheonggye Stream di Seoul, Korea Selatan/REUTERS)
Gabenor Rhee Chang-yong berkata memerangi inflasi kekal sebagai keutamaan bank dalam masa sama berusaha mengelak kenaikan besar selanjutnya pada masa hadapan.
Keputusan tinjauan itu dikeluarkan selepas anggaran bank pusat menunjukkan perbelanjaan pengguna terpendam dan belanjawan tambahan yang besar membantu pertumbuhan ekonomi Korea Selatan secara tidak dijangka meningkat pada suku kedua.
Perbelanjaan swasta yang kukuh, naik mendadak 3.0 peratus dalam tempoh April-Jun daripada kerugian 0.5 peratus pada suku sebelumnya, berikutan pemansuhan hampir semua sekatan COVID-19 pada bulan April, yang menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan tidak mungkin berterusan.
Lebih 2,400 isi rumah mengambil bahagian dalam tinjauan itu dari 11 hingga 18 Julai.-REUTERS