ALBANIA, 21 Disember- Kerajaan Albania akan menutup rangkaian sosial TikTok selama sekurang-kurangnya setahun bermula awal 2025.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Albania, Edi Rama.
"TikTok adalah samseng kejiranan.
"Kami akan melaksanakan program yang menyokong pendidikan pelajar serta membantu ibu bapa memantau perkembangan anak-anak mereka," ujarnya dalam satu pertemuan bersama guru, ibu bapa, dan ahli psikologi di sini.