YANGON, 21 Disember- Sebanyak 2.72 juta dos vaksin polio (bOPV) sumbangan Indonesia kepada Myanmar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada Jumaat, lapor Xinhua yang memetik akhbar milik kerajaan, The Mirror, pada Sabtu.
Pegawai daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Myanmar menerima vaksin itu, yang diserahkan oleh wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Indonesia dan Kedutaan Republik Indonesia di Myanmar di lapangan terbang, menurut laporan itu.
Vaksin yang disumbangkan itu telah dihantar ke pusat kemudahan storan sejuk di Yangon, katanya lagi. - BERNAMA-XINHUA