KAZAN, 21 Disember- Lapangan terbang di bandar Kazan ditutup sementara susulan serangan dron oleh Ukraine, lapor media Rusia dan pihak berkuasa penerbangan.
Agensi berita milik kerajaan Rusia melaporkan bahawa serangan dron tersebut menyasarkan kompleks kediaman di Kazan, sebuah bandar yang terletak kira-kira 800 kilometer di timur Moscow.
Kementerian Pertahanan memaklumkan bandar itu diserang dalam tiga gelombang dron antara pukul 7.40 pagi sehingga 9.20 pagi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, menurut agensi berita yang memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.
Datuk Bandar Kazan melalui Telegram turut mengumumkan bahawa semua acara besar-besaran yang dirancang di bandar tersebut akan dibatalkan hujung minggu ini.
Pihak berkuasa akan menyediakan penginapan sementara kepada mereka yang dipindahkan. - REUTERS