fb fb fb fb fb

EU setuju kurangkan kebergantungan kepada gas Rusia

(Foto hiasan/AFP)

BELGIUM, 27 Julai- Kesatuan Eropah (EU) bersetuju mengurangkan kebergantungan kepada gas Rusia dengan menurunkan kadar penggunaan tenaga itu. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat menteri tenaga EU di Brussels.

Ia disifatkan sebagai tindak balas efektif kesatuan tersebut terhadap manipulasi Rusia, yang menjadikan kekayaan sumber negara itu sebagai senjata ekonominya.


(Foto hiasan/AFP)

Usaha bagi membantu Jerman keluar daripada kebergantungan terhadap gas Rusia pada musim sejuk menyusul menjelang pertemuan antara Turkiye dengan Rusia minggu depan.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dijadual bertemu Presiden Vladimir Putin di Moscow.

Erdogan berhasrat menjadikan Turkiye sebagai pusat kepada usaha diplomatik bagi menghentikan perang Moscow-Kiev yang berlarutan selama lima bulan.-AFP

Media Baharu