NEW DELHI, 26 Julai- Komposer muzik Tamil tersohor Ilaiyaraaja kini menjadi ahli dewan parlimen India, memenangi pencalonannya sebagai personaliti unggul.
Beliau mengangkat sumpah sebagai ahli Rajya Sabha pada Isnin.
(Foto hiasan)
Ilaiyaraaja dicalonkan awal bulan ini bersama dengan tokoh-tokoh cemerlang lain, termasuk atlet P.T. Usha, pekerja sosial Veerendra Heggade dan pengarah filem V. Vijayendra Prasad.
Perdana Menteri India, Narendra Modi memuji Ilaiyaraaja sebagai seorang tokoh yang muziknya telah "memukau orang ramai merentas generasi."
Komposer berusia 79 tahun itu sebelum ini menerima anugerah nasional–Padma Bhushan pada 2010 dan Padma Vibhushan pada 2018.-BERNAMA