fb fb fb fb fb

Trudeau tiba di Florida, bertemu Donald Trump

Donald Trump (kiri) dan Justin Trudeau/ AFP

OTTAWA, 30 November- Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau tiba di Palm Beach, Florida, pada Jumaat untuk bertemu dengan Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump di Mar-a-Lago.

Menurut laman web Flightradar, pesawat pemimpin Kanada itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach.

Penyiar awam Kanada CBC berkata Trudeau akan mengadakan majlis makan malam bersama Trump, dan Menteri Keselamatan Awam Dominic LeBlanc menemaninya dalam perjalanan itu.

Namun pejabat perdana menteri tidak segera mengesahkan pertemuan berkenaan.

Pada Isnin Trump dalam satu kenyataan mengumumkan tarif import akan dikenakan terhadap Kanada dan Mexico. Ia dalam usaha untuk menyaingi China.

Tahun lepas lebih tiga perempat daripada eksport Kanada, atau bernilai A$423 bilion disumbangkan ke Amerika Syarikat dan hampir dua juta pekerjaan Kanada bergantung kepada sektor perdagangan.

Menurut sumber kerajaan kepada AFP, Kanada sedang mempertimbangkan kemungkinan tindak balas pengenaan tarif terhadap Amerika Syarikat.

Cadangan Trump mengenai tarif dilihat sebagai satu ancaman dalam rundingan perdagangan masa depan. Tetapi Trudeau menolak pandangan itu apabila menjawab soalan yang dikemukakan pemberita sebelum ini di wilayah Pulau Prince Edward.

"Donald Trump, apabila beliau membuat kenyataan, dia merancang untuk melaksanakannya," kata Trudeau. "Tiada persoalan mengenainya."- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI