fb fb fb fb fb

WHO bimbang situasi terkini penularan selesema burung

(FOTO HIASAN)

PARIS, 25 Februari - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan berhubung peningkatan laporan selesema burung dalam kalangan manusia berikutan kematian seorang gadis Kemboja berusia 11 tahun.

Pengesahan dari Kementerian Kesihatan Kemboja bahawa bapa kepada kanak-kanak perempuan itu juga telah diuji positif virus tersebut turut menimbulkan kebimbangan bahawa virus itu boleh berjangkit antara manusia.

(Sylvie Briand / FOTO FAIL AFP)

Pengarah Kesiapsiagaan dan Pencegahan Wabak dan Pandemik WHO, Sylvie Briand berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Kemboja berhubung perkembangan itu.

"Setakat ini, masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada ia adalah penularan manusia kepada manusia atau pendedahan kepada keadaan persekitaran yang sama," kata Briand dalam sidang media secara maya di Geneva.

Bagaimanapun katanya, masih terlalu awal untuk mengesahkan sama ada ia penularan dari manusia kepada manusia, atau terdedah kepada keadaan persekitaran sama.

Sejak akhir 2021, salah satu wabak selesema burung yang paling teruk di dunia telah menyebabkan berjuta-juta ayam dimusnahkan, kematian burung liar beramai-ramai, dan virus itu dikesan dalam julat mamalia yang semakin meningkat.

"Situasi H5N1 global membimbangkan memandangkan penyebaran virus yang meluas dalam burung di seluruh dunia, dan peningkatan laporan kes dalam mamalia termasuk manusia," kata Briand.-AFP

Media Baharu