fb fb fb fb fb

Biden perkenal pakej AS$2 bilion bantu Ukraine

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 25 Februari - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengisytiharkan sokongan terhadap Ukraine dengan mengenakan sekatan baharu ke atas Moscow dan meluluskan pakej senjata bernilai AS$2 bilion.

Pakej itu akan membekalkan semula senjata kepada Kiev setahun selepas pencerobohan Russia.

Walaupun AS dan sekutunya dilihat terus berusaha menyokong Ukraine setakat ini masih tiada tanda-tanda bahawa perang itu akan tamat.

Sebaliknya, ia kini memasuki fasa yang lebih rumit dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

(FOTO AFP)

Genap setahun peperangan itu, Biden dan rakan-rakan pemimpin dari sekutu Kumpulan Tujuh (G-7) terus berada di barisan hadapan untuk menyokong Ukraine supaya kekal menumpukan perhatian dan terus bersatu.

"Perpaduan kita tidak akan goyah untuk berdiri bersama Ukraine, dalam menyokong negara dan orang yang memerlukan serta menegakkan perintah antarabangsa berdasarkan kedaulatan undang-undang," katanya.

Pemimpin G-7, dalam satu kenyataan bersama, berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dalam talian dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Ketika Ukraine meratapi mangsa korban peperangan, ia berikrar akan muncul sebagai pemenang ketika Pentagon melancarkan pakej senjata terbarunya.

Ini bagi menyediakan lebih banyak peluru, peralatan pengesan peperangan elektronik dan senjata lain untuk menentang sistem tanpa pemandu Rusia dan beberapa jenis dron termasuk dron serangan Switchblade 600 Kamikaze yang dinaik taraf.

Pakej bantuan terkini itu menggunakan Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine dalam menyediakan pembiayaan untuk kontrak jangka panjang bagi membeli senjata dan peralatan.-AFP

Media Baharu