fb fb fb fb fb

Turkiye mulakan kerja pembinaan semula awal Mac ini

(FOTO REUTERS)

ANKARA, 25 Februari - Turkiye akan melaksanakan kerja pembinaan semula di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi, awal Mac ini.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata pihak kerajaan berjanji untuk membina semula perumahan dalam tempoh satu tahun.

Kawasan perumahan itu adalah untuk mangsa yang terselamat sama ada yang meninggalkan kawasan berkenaan dan menetap sementara di khemah, rumah kontena atau penginapan tajaan kerajaan.

(FOTO REUTERS)

Lebih 160,000 bangunan mengandungi 520,000 unit pangsapuri rosak teruk dan runtuh akibat gempa bumi .

Individu, institusi atau organisasi boleh membina kediaman atau tempat kerja untuk disumbangkan kepada pihak Kementerian Perbandaran sebelum disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana berkenaan.

Kawasan tanah lapang dan tanah bukan hutan juga boleh digunakan untuk dijadikan kawasan perumahan.

Lebih 43,000 orang terkorban dan menyebabkan berjuta kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi di Turkiye.-REUTERS

Media Baharu