fb fb fb fb fb

Banjir besar landa Texas ragut 82 nyawa termasuk 28 kanak-kanak

Presiden Trump telah tandatangan pengisytiharan bencana. - CNN

TEXAS, 7 Julai - Jumlah kematian akibat banjir besar yang melanda Texas meningkat kepada 82 orang termasuk 28 kanak-kanak.

Operasi menyelamat yang memasuki hari ketiga menumpukan kepada usaha mencari 41 individu termasuk beberapa kanak-kanak perempuan yang hilang dari kem musim panas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Awam Texas, Freeman Martin, berkata jumlah korban itu akan terus meningkat.

Presiden Donald Trump menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan akan melawat kawasan yang terjejas.

Presiden Trump juga telah menandatangani pengisytiharan bencana sekali gus mengaktifkan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan .

Banjir tercetus selepas Sungai Guadalupe melimpah akibat hujan lebat luar biasa yang melanda kawasan tengah Texas pada Jumaat.

Pihak berkuasa melaporkan lebih 850 orang berjaya diselamatkan selepas hujan lebat yang luar biasa melanda kawasan barat laut San Antonio. - REUTERS

HASRON BIN HASSAN