fb fb fb fb fb

12 tentera Turkiye maut terhidu gas Metana di utara Iraq

19 tentera Turkiye terhidu gas Metana.

ANKARA, 7 Julai - 12 anggota tentera Turkiye maut selepas terhidu gas metana ketika menjalankan operasi pencarian di sebuah gua di utara Iraq.

Menurut Kementerian Pertahanan Turkiye, insiden itu berlaku semasa operasi pencarian dan pembersihan di zon Operasi Claw-Lock Turkiye di utara Iraq, iaitu tentera Turkiye menjalankan operasi terhadap Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan.

Kawasan gua berkenaan, yang sebelum ini digunakan sebagai hospital oleh PKK dan kemudian dibersihkan oleh tentera Turkiye, sedang diperiksa bagi mencari mayat seorang leftenan yang terbunuh pada 2022.

Seramai 19 anggota tentera telah terhidu gas Metana di dalam gua itu dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan, namun lima daripada mereka meninggal dunia .

Pada 2022, Turkiye melancarkan Operasi Claw-Lock untuk menyasarkan lokasi persembunyian PKK di wilayah Metina, Zap dan Avasin-Basyan di utara Iraq berhampiran sempadan Turkiye.

PKK, yang disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turkiye, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, telah menentang kerajaan Turkiye selama lebih empat dekad.

Pada Mei lalu, PKK mengumumkan keputusan untuk dibubarkan dan menamatkan pemberontakan bersenjata. -BERNAMA

HASRON BIN HASSAN