WASHINGTON, 8 Julai -Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Isnin mengumumkan bahawa AS akan menghantar lebih banyak senjata ke Ukraine, susulan peningkatan serangan oleh Rusia ke atas negara itu.
Pengumuman tersebut dibuat hanya seminggu selepas White House mengumumkan penghentian sementara penghantaran senjata ke Kiev.
"Kita terpaksa menghantar lebih banyak senjata – terutamanya senjata pertahanan," kata Trump kepada wartawan di White House.
"Mereka sedang diserang dengan sangat teruk," katanya merujuk yang kepada Ukraine sambil menyatakan beliau “tidak gembira” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Putin telah melancarkan pencerobohan berskala penuh ke atas negara jirannya yang lebih kecil itu pada tahun 2022, dan sehingga kini masih menunjukkan sedikit kesediaan untuk menamatkan konflik tersebut.
Ukraine kini berdepan serangan peluru berpandu dan dron terbesar oleh Rusia sejak perang tiga tahun itu bermula.
Penghentian sementara bantuan senjata dari Amerika Syarikat baru-baru ini dilihat sebagai satu cabaran besar kepada Kiev, yang bergantung kepada sokongan ketenteraan Barat untuk mempertahankan wilayahnya. - AFP