HUNT, 8 Julai -Angka kematian akibat banjir besar di Texas meningkat kepada lebih 100 orang, pada Isnin.
Pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari mangsa yang dihanyutkan arus deras dan pihak berkuasa menjangka angka korban akan terus meningkat.
Antara mangsa yang terkorban termasuk sekurang-kurangnya 27 pelajar perempuan dan beberapa kaunselor yang menyertai kem musim panas di tepi sungai.
Tragedi menyayat hati itu berlaku ketika cuti hujung minggu sempena sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai.
Amarana kemungkinan banjir bertambah buruk dikeluarkan, berikutan hujan berterusan di kawasan tanah yang sudah ditenggelami air.
Keadaan itu usaha pemulihan yang melibatkan penggunaan helikopter, bot dan anjing pengesan.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dijadualkan melawat Texas pada Jumaat ini, menurut kenyataan White House.
Kerr County di tengah Texas merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan 56 orang dewasa dan 28 kanak-kanak disahkan maut, menurut pejabat sheriff tempatan. - AFP