SLOVAKIA, 8 Julai -Lelaki yang mengaku menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, dijadualkan dibicarakan atas tuduhan keganasan pada Selasa, lebih setahun selepas serangan yang mengejutkan negara Eropah Tengah itu.
Fico seorang nasionalis pro-Kremlin, ditembak empat kali dari jarak dekat selepas menghadiri mesyuarat kerajaan di bandar perlombongan Handlova pada 15 Mei 2024.
Beliau mengalami kecederaan parah namun berjaya diselamatkan selepas menjalani dua pembedahan besar dan kembali bertugas dua bulan kemudian.
Suspek, Juraj Cintula, 72 tahun, seorang penyair yang ditahan di tempat kejadian mengaku melakukan serangan itu dengan niat untuk mencederakan, bukan membunuh.
Beliau kini berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah.
Perbicaraan akan berlangsung di Mahkamah Jenayah Khas di bandar Banska Bystrica pada Selasa. - AFP