fb fb fb fb fb

Jambatan runtuh, paksa saluran paip minyak di Ecuador ditutup

FOTO REUTERS

NAPO, 25 Februari- Sebuah jambatan runtuh di wilayah Napo, Ecuador menyebabkan saluran paip minyak terpaksa ditutup.

Industri minyak di negara itu dijangka kembali normal dalam tempoh tiga minggu.

Syarikat minyak negara, Petroecuador dan pengendali saluran paip swasta, OCP Ecuador menghentikan operasi ke atas saluran paip masing-masing.

Ia sebagai langkah pencegahan selepas jambatan itu runtuh.

Petroecuador menjangkakan pengepaman minyak akan kembali dimulakan dalam tujuh hari akan datang.

Jurucakap syarikat, Maria Elisa Soledipsa memberitahu laluan baharu kini diusahakan untuk mengatasi kecemasan ketika ini.

Syarikat itu juga mula menutup secara berkala telaga minyaknya di Amazon dan akan mengoptimumkan simpanan bagi memenuhi permintaan domestik.

Saluran paip minyak sering terganggu akibat kerosakan oleh batu dan tanah runtuh.

Namun, insiden minggu ini berlaku di kawasan berlainan daripada yang berlaku pada tahun 2020 dan 2021.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

 

Media Baharu