fb fb fb fb fb

Gempa bumi Turkiye, angka korban cecah 44,218 orang

(FOTO AFP)

GAZIANTEP, 25 Februari - Sekurang-kurangnya 44,218 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan negara itu, 6 Februari lalu.

Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) memaklumkan hampir 335,400 khemah telah dibina di zon gempa.

Lebih 11,400 anggota misi mencari dan menyelamat (SAR) tempatan dan antarabangsa masih menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian.

(FOTO AFP)

Empat pusat khidmat sosial bergerak diwujudkan di Kahramanmaras, Hatay, Osmaniye dan Malatya untuk menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi.

Kira-kira 912,000 orang telah menerima sokongan psikososial dengan 615,000 di zon gempa bumi dan 297,000 di luar zon gempa.

Menurut AFAD, gempa yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu turut disusuli dengan 9,136 gegaran susulan.

Gegaran melanda 10 wilayah lain yang menjejaskan kira-kira 13.5 juta penduduk.

Beberapa negara di rantau berkenaan termasuk Syria dan Lubnan turut merasakan gegaran itu.-AFP

Media Baharu