fb fb fb fb fb

Serangan kumpulan pengganas di Mali, 13 orang awam terbunuh

(FOTO REUTERS)

BAMAKO, 25 Februari - Serangan kumpulan pengganas ke atas sebuah kampung di tengah Mali menyebabkan 13 orang awam terbunuh.

Seorang ahli politik tempatan mengatakan kumpulan itu telah membunuh dan membakar rumah-rumah di kampung Kani-Bonzon.

Angka kematian mungkin meningkat kepada 20 orang.

Kumpulan pengganas telah membunuh lebih daripada 13 orang awam, membakar bangunan dan melarikan tiga penduduk.

(FOTO REUTERS)

Ahli politik tempatan mengharapkan misi pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk datang dan membantu mereka menentang kumpulan pengganas.

Orang ramai keluar melakukan protes di bandar Bandiagara, menuntut kawalan keselamatan di kawasan mereka.

Mali bergelut dengan krisis keselamatan dan politik sejak kumpulan pengganas dan pemisah meletus di utara negara itu pada 2012.

Kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan DAESH meningkatkan operasi mereka di tengah Mali dan negara jiran, Niger dan Burkina Faso.

Ribuan orang awam, polis dan tentera terbunuh di seluruh wilayah itu.

Lebih dua juta penduduk juga terpaksa meninggalkan rumah mereka.-REUTERS

Media Baharu