fb fb fb fb fb

Salji lebat melanda beberapa bahagian selatan California

(FOTO AFP)

LOS ANGELES, 25 Februari - Salji lebat yang melanda Selatan California telah mengakibatkan kebanyakan jalan raya dan lebuh raya terpaksa ditutup kerana dilitupi salji dan ais.

Ini termasuk lebuh raya Utara-Selatan yang menghubungkan Mexico, California dan Kanada.

Pihak Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) berkata tiada anggaran bila laluan yang ditutup akan dibuka semula.

(FOTO AFP)

"Kesan berkaitan salji yang berbahaya dan berpotensi mengancam nyawa berkemungkinan berlaku di jalan raya gunung, padang pasir dan kaki bukit di selatan California.

"Pelbagai pusingan salji lebat ditambah dengan angin kencang akan membawa kepada keadaan ribut salji di beberapa kawasan yang lebih tinggi dan laluan gunung," kata NWS.

Sementara itu, menurut syarikat pembekal tenaga poweroutage.us. salji dan angin kencang telah menyebabkan talian elektrik terputus serta melumpuhkan perkhidmatan bekalan tenaga kepada lebih 100,000 pelanggan di California.

Sementara itu, ribut musim sejuk yang membadai California menyebabkan lebih 100,000 rumah dan premis perniagaan di seluruh negeri itu, bergelap.

Ribut yang mula melanda Khamis lalu, turut membawa hujan batu dan salji lebat luar biasa.

Keadaan itu diramal berlarutan sehingga hujung minggu ini.

Amaran telah dikeluarkan di kawasan pergunungan Ventura dan Los Angeles sehingga Sabtu, amaran kali pertama dikeluaran untuk pergunungan California Selatan, sejak 1989.

Di Michigan, lebih 720,000 pengguna terputus bekalan elektrik dan bekalan dijangka pulih pada Ahad.-AFP

Media Baharu