fb fb fb fb fb

Kanada hantar empat kereta kebal tambahan kepada Ukraine

(FOTO AFP)

TORONTO, 25 Februari - Kanada menghantar empat kereta kebal tempur tambahan ke Ukraine.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata Kanada juga akan mengenakan sekatan ke atas 192 lagi individu dan entiti dari Rusia.

“Kanada telah berdiri dalam solidariti dengan Ukraine sejak permulaan konflik dan kami akan terus berbuat demikian,” kata Trudeau dalam sidang akhbar sempena ulang tahun pertama pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

(FOTO AFP)

Sambil mengecam 'perang pencerobohan' Presiden Rusia, Vladimir Putin dan menggelarnya sebagai 'berbahaya, pengecut dan lemah,' Trudeu juga mengakui bahawa perjuangan tersebut belum berakhir.

Sekatan baharu itu menyasarkan penggubal undang-undang Rusia yang telah menyokong pencerobohan Ukraine termasuk Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri lain di pejabat Putin, sektor ketenteraan dan pertahanannya, serta ahli keluarga individu yang sudah pun berada dalam senarai sekatan Kanada.

Pejabat Trudeau berkata empat kereta kebal Leopard 2 buatan Jerman yang diumumkan sebelum ini telah dihantar ke Poland di mana askar Ukraine sedang dilatih menggunakannya.

Sebagai tambahan kepada empat kereta kebal Leopard 2 baharu, Kanada juga menghantar kenderaan berperisai dan peluru.-AFP

Media Baharu