fb fb fb fb fb

White House gesa Israel benarkan 350 lori bantuan ke Gaza dalam sehari

Jurucakap White House, John Kirby/Foto REUTERS

WASHINGTON, 9 April - White House menggesa Israel supaya meningkatkan jumlah bantuan ke Gaza kepada 350 lori sehari sementara perbincangan mengenai gencatan senjatan dan pembebasan tebusan masih lagi diteruskan.

Jurucakap White House, John Kirby berkata, Pengarah CIA William Burns berada di Kaherah pada hujung minggu lalu untuk pusingan rundingan selanjutnya bagi mencapai kata sepakat membebaskan para tebusan yang ditahan di Gaza oleh kumpulan Hamas.

Amerika Syarikat berharap dapat memeterai perjanjiang termasuk gencatan senjata selama enam minggu.

"Kami memandang perakra ini dengan serius dan kami benar-benar mahu memeterai pernjian tebusan secepatan mungkin," katanya ketika ditanya media adakah White House bersikap optimis mengenai perjanjian tebusan serta gencatan senjata.

Sejak serangan tanpa henti oleh rejim Zionist Israel pada 7 Oktober tahun lalu, lebih 33,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan balas Israel.

Menurut beliau, Washington mendesak agar jumlah 300 hingga 350 lori bantuan memasuki Gaza setiap hari.

Ini termasuk menjaga keselamtan pekerja bantuan kemanusiaan selepas serangan udara Israel pada minggu lalu yang telah membunuh tujuh kakitangan World Central Kitchen (WKC).

Sementara itu, White House masih meneliti hasil siasatan berhubung serangan udara terhadap pekerja bantuan WKC.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata, Israel masih membisu dan memberikan penjelasan yang memusakan atas kematian pekerja bantuan melibatkan warganya dan dua warga Amerika-Kanada.

Susulan serangan itu, dua pegawai Israel telah dipecat. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN