fb fb fb fb fb

Tragedi malam raya, 14 orang terbunuh di Gaza

Foto WAFA

GAZA, 10 April- Sekurang-kurangnya 14 orang awam Palestin terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan bangunan kediaman di kem pelarian Nusseirat di tengah Gaza, semalam.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber tempatan memberitahu majoriti mangsa yang terkorban adalah kanak-kanak dan wanita.

"Pesawat Israel menyasarkan sebuah bangunan kediaman di kem berkenaan.

"Serangan maut itu berlaku pada malam Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada WAFA.

Pencerobohan dan serangan berterusan Israel terhadap Gaza sejak Oktober lalu telah menyebabkan 33,360 rakyat Palestin terbunuh, terutama wanita dan kanak-kanak.

Serangan tersebut turut menyebabkan 75,993 yang lain mengalami kecederaan.

Sementara itu, ribuan rakyat Gaza masih tidak dapat dikesan dan dikhuatiri mati di bawah runtuhan bangunan yang musnah atau di kawasan lain kerana pasukan penjajah Israel terus menghalang kru ambulans daripada menyelamatkan kesemua mangsa terbabit.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM