fb fb fb fb fb

Wartawan siasat kes rasuah dibunuh

Wartawan Jaime Vasquez, 54, ditembak di Cucuta pada hujung minggu lalu/Foto AFP

BOGOTA, 16 April - Seorang wartawan Colombia yang menyiasat kes rasuah dibunuh pada hujung minggu lalu di sebuah bandar berhampiran sempadan dengan Venezuela, kata pegawai hari ini.

Jaime Vasquez, 54, ditembak di Cucuta di hadapan kira-kira puluhan saksi kejadian.

Menurut pendakwa raya, lelaki bersenjata itu melarikan diri dengan menunggang motosikal.

Presiden Gustavo Petro menerusi hantaran di X berkata, beliau telah mengarahkan siasatan penuh ke atas pembunuhan Vasquez.

Menurut seorang rakannya, wartawan Vasquez telah menerbitkan dakwaan rasuah berkaitan kontrak tidak teratur dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran dalam bandar.

Yayasan kebebasan akhbar FLIP Colombia mengutuk pembunuhan itu dan menggesa siasatan dilakukan dengan segera dan secara menyeluruh.

Menurut FLIP, seramai 167 wartawan telah dibunuh di Colombia sejak 2006.

Manakala pada tahun lalu, 163 wartawan di negara itu menerima pelbagai ancaman jenayah. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN