fb fb fb fb fb

10 murid di Oman maut dibadai banjir

FOTO AFP

MUSCAT, 16 April- Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk 10 murid sekolah terbunuh dalam kejadian banjir di Oman, baru-baru ini.

Agensi berita rasmi Kesultanan Teluk melaporkan sembilan murid sekolah dan tiga dewasa terkorban selepas kenderaan mereka dihanyutkan air deras pada Ahad lepas.

Lima mangsa juga dilaporkan hilang dalam banjir yang melanda timur laut negara itu.

Semalam, tiga lagi mayat membabitkan seorang kanak-kanak dan tiga individu lain ditemukan.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda negara itu bermula Ahad lalu yang menyebabkan banjir kilat di beberapa wilayah di utara dan timur Oman.

Bencana alam itu turut dijangka 'mendarat' di negara Teluk yang lain termasuk Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

SITI AISHAH MD ISA