fb fb fb fb fb

Wartawan mati ditembak di bandar sempadan Mexico

FOTO AFP

MEXICO, 18 Januari- Seorang wartawan foto mati ditembak di bandar Tijuana, Mexico bersempadan dengan Amerika Syarikat yang merekodkan kes jenayah keganasan paling serius.

Menurut Pihak berkuasa, ia kes pembunuhan terbaharu seumpamanya di Mexico; negara yang menyaksikan risiko kematian paling tinggi di dunia.  

Kenyataan Sekretariat Keselamatan di negeri barat Baha California menyebut, Margarito Martinez, 49, diserang dengan senjata api dan mayat ditemukan berhampiran rumahnya.

Menurut kumpulan hak asasi media, Martinez yang bertugas sebagai pengamal media termasuk di akhbar mingguan Zeta of Tijuana telah menerima ancaman bunuh.

Pada 6 Januari lalu, seorang wartawan dan aktivis media sosial, Jose Luis Gamboa mati di hospital beberapa hari selepas ditikam dalam kejadian di negeri timur Veracruz.

Namun, penyiasat masih belum pasti sama ada kes pembunuhan itu ada kaitan dengan tugas mangsa.

Badan pemerhati hak media, Reporters without Borders (RSF) meletakkan Mexico serta negara yang dilanda perang seperti Afghanistan dan Yaman sebagai lokasi paling berbahaya di dunia untuk pengamal media.

Tahun lalu, sekurang-kurangnya tujuh wartawan dibunuh di Mexico, menurut perkiraan AFP, namun tidak dapat ditentukan sama ada kematian ada kaitkan dengan tugasan mereka atau sebaliknya.

Sejak tahun 2000, lebih 100 wartawan dibunuh dan hanya sebahagian kecil daripada suspek disabitkan kesalahan. -AFP

Media Baharu