fb fb fb fb fb

Wartawan dan kanak-kanak perempuan mati ditembak di Florida

(FOTO REUTERS)

MIAMI, 23 Februari-Seorang lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita pada hari Rabu di Florida kembali ke tempat kejadian beberapa jam kemudian dan menembak mati seorang wartawan televisyen dan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, kata pihak berkuasa.

Ketua Polis Orange County, Sherrif John Mina berkata suspek berusia 19 tahun dikenali sebagai Keith Melvin Moses itu telah ditahan dan dipercayai bertanggungjawab kepada pembunuhan tersebut.

Beberapa jam sebelum kejadian, satu serangan dilaporkan berlaku di Pine Hills, mengakibatkan seorang wanita berusia 20 tahun dibunuh sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.

Menurut Mina lagi, sekumpulan petugas media dari Spectrum News 13 tiba beberapa jam selepas itu bagi membuat liputan mengenai pembunuhan itu.

Moses kemudiannya tiba di tempat kejadian semual sekitar pukul 4 petang waktu tempatan sebelum melepaskan tembakan ke arah jurukamera dan wartawan yang berdiri berdekatan kenderaan.

Tembakan tersebut mencederakan jurukamera dan membunuh wartawan terbabit.

Suspek kemudiannya memecah masuk rumah berhampiran sebelum menembak seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun.

Semua mangsa dibawa ke hospital, namun budak perempuan dan wartawan meninggal dunia.

Mina berkata suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan memiliki senjata dan terlibat dengan bahan letupan.-AFP


(Ketua Polis Orange County, Sheriff John Mina/Foto Reuters)

Media Baharu