fb fb fb fb fb

Jepun sambut ulang tahun Maharaja Naruhito ke-63

TOKYO, 23 Februari - Maharaja Jepun, Naruhito buat kali pertama menyampaikan ucapan hari lahirnya sejak baginda menaiki takhta hampir empat tahun lalu.

Kelewatan melakukan perkara itu sebelum ini, disebabkan penularan wabak COVID-19 dan masalah inflasi negaranya kesan daripada wabak itu.

"Saya mendoakan musim bunga yang aman dan kebahagiaan untuk semua orang" kata Maharaja Naruhito, sambil berdiri di balkoni istana dan menerima sorakan dan ucapan selamat daripada ribuan rakyat yang berkumpul di perkarangan istana.

Turut bersama-sama ialah isteri baginda, Maharani Masako, anak perempuan Aiko, dan kekandanya Putera Mahkota Akishino serta isteri dan anak perempuan, kesemua keluarga diraja itu memakai pelitup muka bewarna putih.

(FOTO REUTERS)

Maharaja Jepun, 63 tahun, dimasyurkan sebagai maharaja pada 1 Mei 2019, selepas ayahandanya Maharaja Akihito melepaskan takhta atas alasan kesihatan. - REUTERS

Media Baharu