fb fb fb fb fb

4 terkorban, manakala puluhan lain hilang dalam runtuhan lombong arang batu di China

(FOTO REUTERS)

BEIJING, 23 Februari-Sekurang-kurangnya empat orang terkorban manakala puluhan lagi masih hilang setelah lombong arang di Utara China runtuh pada Rabu.

Presiden China, Xi Xinping mengarahkan operasi mencari dan menyelamat yang setakat ini berjaya menemui 6 mangsa yang terselamat.

Operasi mencari dan menyelamat bagaimana pun tergendala akibat tanah runtuh yang berlaku petang semalam.

Lebih daripada 900 penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian menurut laporan agensi berita Xinhua.

Enam mangsa yang terselamat dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Punca runtuhan masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, agensi berita CCT melaporkan pihak polis masih menyiasat punca runtuhan bersama individu berkaitan, namun tiada laporan lanjut didedahkan.

Kemalangan ketika aktiviti melombong merupakan perkara biasa di China yang tidak menitik beratkan aspek keselamatan.

Pada Disember 2020, 23 pelombong arang batu terkorban setelah gas karbon monoksida pecah di lombong berkenaan. Manakala pada 2021 pula, 10 pelombong terbunuh setelah lombong emas meletup di daerah Shandong-BBC.com


(Kerja mencari dan menyelamat di Lombong arang batu di Utara China/Foto Reuters)

Media Baharu