fb fb fb fb fb

Wartawan antara yang cedera dalam serangan terbaharu Israel

Wartawan Gaza cedera dalam serangan terbaharu Israel/Syot layar REUTERS

GAZA, 12 April - Seorang wartawan yang lengkap memakai jaket berwarna biru dibawa ke Hospital Al-Aqsa untuk mendapatkan rawatan selepas serangan udara rejim Zionist Israel pada Jumaat.

Dalam serangan mengejut itu, berpuluh-puluh orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas pengeboman Israel melalui udara, darat dan laut.

Serangan itu turut memusnahkan rumah dan dua buah masjid di kawasan kem Al-Nusseirat.

Pegawai kesihatan berkata sebelum ini enam orang terbunuh dalam serangan ke atas kem itu, dan kira-kira 70 lagi cedera, termasuk tiga wartawan Palestin. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN