BAITULMAQDIS, 12 April - Trak pertama yang membawa bantuan makanan memasuki Gaza melalui pintu masuk utara yang baru dibuka hari ini.
Pintu masuk dibuka susulan tekanan semakin memuncak bagi menangani krisis kemanusiaan di wilayah itu.
Trak tersebut diperiksa di persimpangan Kerem Shalom di sempadan Mesir sebelum bergerak ke utara.
Israel berkata awal bulan ini pihaknya akan membuka semula pintu sempadan Erez yang telah ditutup sejak bermula konflik pada Oktober tahun lalu. - REUTERS
Info:
- Lintasan sempadan Rafah merupakan 'pintu keluar' dari selatan Gaza dan bersempadan dengan Semenanjung Sinai di Mesir.
- Terdapat dua lagi lintasan sempadan ke Genting Gaza. Lintasan Erez yang menghubungkan dengan Israel di utara Gaza dan Kerem Shalom yang menjadi laluan penghantaran barangan komersial antara Tel Aviv dan selatan wilayah yang terkepung sejak 2007.