fb fb fb fb fb

China sokong Palestin anggotai PBB

Seluruh dunia mengecam tindakan jijik rejim zionist Israel/Foto REUTERS

 BEIJING, 12 April - China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin.

Ini dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada Khamis ketika membuat ulasan mengenai Palestin meminta UNSC secara rasmi agar mempertimbangkan semula permohonannya yang dikeluarkan pada 2011 untuk menganggotai PBB.

Sebelum ini iaitu pada 8 April lalu, UNSC pernah mengadakan satu mesyuarat dan menyerah permohonan Palestin itu kepada Jawatankuasa Penerimaan Anggota Baharu untuk dibahaskan.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa pihaknya kekal menentang keanggotaan Palestin di PBB sebelum menyaksikan perjanjian yang lebih menyeluruh dicapai dengan Israel.

Sehubungan itu, Mao Ning menyatakan bahawa konflik Palestin-Israel pusingan ini masih berlarutan, yang mengakibatkan krisis kemanusiaan yang serius dan ini sekali lagi memberikan amaran kepada masyarakat antarabangsa bahawa hanya dengan melaksanakan "pelan dua negara", membantu Palestin menubuhkan negaranya dan mengakhiri layanan yang tidak adil yang dialami rakyat Palestin selama bertahun-tahun, barulah dapat menoktahkan secara tuntas konflik yang bersifat 'lingkaran ganas' antara Palestin dan Israel. - BERNAMA-CMG

GRACE AISYAH KEDAYAN