fb fb fb fb fb

Penyakit bawaan air merebak di Palestin

Foto AFP

GENEVA, 13 April- Kekurangan bekalan air bersih dan peningkatan suhu di Palestin menyebabkan penyakit bawaan air merebak di negara tersebut.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza, Jamie McGoldrick berkata pencemaran air membawa kepada penyakit seperti taun, cirit-birit dan hepatitis A.

"Penduduk Palestin mendapat sedikit air daripada apa yang mereka perlukan.

"Kesan kekurangan air tersebut menyebabkan penyakit bawaan air terjadi dalam kalangan penduduk negara itu.

"Kita perlu mencari jalan untuk menyalurkan sumber air bersih kepada penduduk Palestin ini," kata McGoldrick kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM