GAZA, 11 Mei- Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza, lapor pejabat media kerajaan di kawasan yang dikepung zionis itu menerusi satu kenyataan hari ini.
Mangsa adalah Bahaa Okasha merupakan wartawan foto untuk rangkaian media Al-Aqsa.
Sementara itu, pengeboman Israel menyasarkan rumah Bahaa di kem Jabalia, utara Gaza turut membunuh isteri dan anak-anaknya serta beberapa yang lain.
Sekurang-kurangnya 143 wartawan dan pekerja media menjadi antara hampir 35,000 rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza sejak perang bermula pada 7 Oktober tahun lalu.
Wartawan di wilayah Palestin berdepan ancaman yang sangat tinggi ketika membuat liputan di tengah-tengah serangan darat dan udara Israel, komunikasi terganggu, kekurangan bekalan, serta gangguan bekalan elektrik. -Reuters