fb fb fb fb fb

Warga Israel mahu perang ditamatkan segera dan tebusan dikembalikan

Warga Israel tuntut perang segera dihentikan/Foto Reuters

TEL AVIV, 18 Ogos - Puluhan ribu warga Israel turun ke jalanan bagi memberi tekanan agar pentadbiran Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menghentikan perang ke atas Gaza dan segera membawa pulang tebusan.

Ia merupakan tunjuk perasaan terbesar sejak konflik Israel-Hamas tercetus, berpunca daripada pengumuman Netanyahu untuk menguasai wilayah Gaza sepenuhnya.

Penunjuk perasaan mendakwa rejim zionis tidak pernah menawarkan inisiatif untuk menamatkan perang dan mengembalikan tebusan.

Daripada 251 orang yang ditawan pejuang Palestin pada Oktober 2023, 49 masih berada di Gaza, termasuk 27 orang yang didakwa tentera Israel telah terkorban.

ASHRIQ FAHMY AHMAD