fb fb fb fb fb

Bot terbalik di Nigeria, 40 penumpang dikhuatiri lemas

Gambar Hiasan/Foto Reuters

LAGOS, 18 Ogos - Lebih 40 penumpang dikhuatiri lemas selepas bot yang membawa mereka karam di barat laut Sokoto, Nigeria.

Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA) dalam satu kenyataan memaklumkan, bot berkenaan membawa lebih 50 penumpang dalam perjalanan ke sebuah pasar.

Menurut NEMA, kira-kira 10 orang berjaya diselamatkan, selebihnya masih hilang.

Kemalangan melibatkan bot adalah perkara biasa di Nigeria kerana tidak dikawal selia akibat kesesakan dan penyelenggaraan yang lemah.

Keadaan bertambah buruk apabila tibanya musim hujan yang menyebabkan air sungai dan tasik melimpah.

Ogos tahun lalu, sekurang-kurangnya 16 petani maut dalam insiden serupa.-AFP

ASHRIQ FAHMY AHMAD