BAITUL MAQDIS, 18 Ogos - Rejim zionis Israel menyasarkan tapak infrastruktur tenaga di Sanaa, Yaman yang didakwa dikuasai pejuang Huthi.
TV Al-Masirah Huthis, memetik sumber pertahanan awam, mendedahkan Israel menyerang stesen janakuasa Haziz di selatan bandar tersebut.
Seorang pekerja stesen berkenaan memberitahu, dua serangan agresif mengenai tapak kemudahan itu.
Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa.
Israel mendakwa serangan dilakukan bagi membalas tindakan pejuang Huthi melepaskan peluru berpandu balistik ke arah Tel Aviv.
Perkara tersebut diakui jurucakap pejuang Huthi, Yahya Saree dan mendedahkan mereka menyasarkan lapangan terbang Ben Gurion.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz dalam pada itu mengancam, Tel Aviv akan terus mengenakan sekatan udara dan laut ke atas Yaman.-AFP